Sabtu, 5 Mac 2011

kenapa baru sekarang....

dalam sibuk aku berchatting, aku terima satu private msg dari salah seorang chatter dalam room putrajaya...

kami berkenalan dan bertukar-tukar cerita..

dan tiba masa untuk aku sign out... kami berpisah

sekian lama aku sibuk dengan urusan kerja.. aku dah hampir sebulan tidak online... maka suatu hari aku pun seperti biasa online.. msg pertama ada lah dari jejaka yg pernah private msg dgn aku tempoh hari...
kami pun berbual dan bertukar nombor telefon...

kami pun mengaturkan rancangan untuk temujanji di nilai... aku pun pergi ke tempat yg dijanjikan... aku pun sampai ke McD nilai... aku sampai awal..

dia pun sampai ...kebetulan aku perasan lelaki yg menaiki kereta sambil mata meliar dan bcakap melalui telefon, aku memang sedang bercakap dengan dia... aku pun beritahu yg aku dah sampai ... dia pula cuba berhelah yang dia masih lagi di rumah dan akan sampai 5 minit lagi...

dia bertanyakan lokasi aku, aku menjawab , " saya ada kat parking kereta", dia pun berkata, " kat sebelah mana?" aku pun menyebut no kenderaan dia, lalu dia pun tergelak , "hahaha". dia pun mengajak untuk bertemu mata ke mata kerana dah tak sabar... aku pun keluar sambil menghubungi teman ku bagi mengelirukan dia, heheh dia konfius... selepas je aku tamatkan panggilan itu, aku pun menoleh padanya... aku tersentak dan tergamam...

...........bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan